Mesyuarat berkaitan Kelas Masakan KEMAS Mingguan
16 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniNADI RPA Arau telah menghadiri mesyuarat bersama cikgu Kemas Cawangan Simpang 4. Tujuan menyuarat ini adalah bagi membincangkan mengenai aktiviti masakan yang akan diadakan pada setiap minggu. Seperti penyediakan bahan dan juga jenis masakan. Turut terlibat beberapa NADI sekita dan juga komuniti setempat.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADIi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: